PN serah sepenuhnya kepada SPRM siasat kes rasuah Ahli Parlimen Padang Serai

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang ditahan berkait kes rasuah.

Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri urusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses perundangan untuk mengambil tempat.

"Kita serah pada proses perundangan, tengok hasil siasatan macam mana. Perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak boleh komen lebih," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.

Menurut beliau, PN terbuka dalam isu tersebut dan berharap Ahli Parlimen Padang Serai itu diberikan hak untuk mendapatkan peguam.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Azman mengesahkan beliau ditahan SPRM bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Walau bagaimanapun beliau tampil mempersoalkan tindakan pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serahkan siasatan Ahli Parlimen Padang Serai kepada SPRM
  • Pihaknya tidak akan campuri urusan siasatan rasuah tersebut
  • Berharap proses perundangan berjalan dan menunggu hasil siasatan
  • PN membuka ruang agar Datuk Azman Nasrudin mendapat hak untuk peguam
  • Azman Nasrudin ditahan SPRM berkaitan projek ternakan lembu di Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!