Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km

DHAKA - Sekeping gambar menakjubkan yang dirakam dari orbit menjadi tular dalam talian, memaparkan Kaabah di Makkah bersinar seperti titik bercahaya dari ketinggian 400 kilometer (km) di atas Bumi, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Imej yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menonjolkan tapak paling suci umat Islam sebagai pusat yang bercahaya di tengah-tengah bandar raya berkenaan.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Don Pettit, yang baru pulang daripada misinya di ISS, memuat naik gambar itu di X (dahulunya Twitter) dengan kapsyen: "Pemandangan orbit Makkah, Arab Saudi. Titik terang di tengah ialah Kaabah, tapak paling suci umat Islam, kelihatan walaupun dari angkasa”.
Pettit yang terkenal dengan pendekatan artistik terhadap imejan angkasa sepanjang penugasan keempatnya di stesen itu, merakam gambar berkenaan menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap Cupola ISS. - Bernama
Ringkasan AI
- Gambar Kaabah di Makkah tersiar luas, dirakam dari orbit 400 kilometer di atas Bumi
- Imej dari Stesen Angkasa Antarabangsa menunjukkan Kaabah sebagai pusat bercahaya
- Angkasawan NASA Don Pettit muat naik gambar di X, menonjolkan keindahan Kaabah dari angkasa
- Don Pettit menggunakan pendekatan artistik dalam mengabadikan gambar semasa misi keempatnya di ISS
- Gambar diambil menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap Cupola ISS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
