C4 Center saran kerajaan laksanakan reformasi, tadbir urus baik

Implikasi kes rasuah boleh menggugat keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.
Implikasi kes rasuah boleh menggugat keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.
A
A
A

 

SHAH ALAM – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menyarankan kerajaan melaksanakan agenda reformasi antirasuah dan tadbir urus baik seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

C4 Center dalam kenyataan memaklumkan bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai pandangan jelas berhubung hasrat pengundi dan menyatakan kekalahan parti itu mempertahankan kerusi yang disandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini mencerminkan krisis keyakinan serius rakyat terhadap mereka.

Menurut kenyataan itu, organisasi masyarakat sivil telah menyatakan dengan tegas bahawa banyak reformasi yang dijanjikan telah diketepikan dalam agenda kerajaan.

C4 Center
C4 Center

“Perkara itu termasuk pemisahan pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat, undang-undang pengisytiharan harta dan Akta Pembiayaan Politik.

“Beberapa reformasi tadbir urus baik telah diperkenalkan tetapi dikritik hebat kerana keberkesanannya yang kecil seperti Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

C4 Center berkata, rangkaian pelepasan tanpa pembebasan kepada individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah telah sangat menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Kekecewaan selanjutnya adalah pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebanyak tiga kali sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun terpalit dengan skandalnya sendiri.

“Undang-undang represif yang menyekat kebebasan sivil masih digunakan oleh kerajaan untuk menekan pengkritik seperti Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan sebagainya,” katanya.

Tambah kenyataan itu, keputusan PRN Sabah lalu merupakan peringatan dan isyarat kepada kerajaan bahawa isu integriti dan tadbir urus baik tidak lagi boleh dipandang ringan.

 

 

Ringkasan AI

  • C4 Center menyarankan kerajaan melaksanakan agenda reformasi antirasuah dan tadbir urus baik Kekalahan DAP di PRN Sabah mencerminkan krisis keyakinan rakyat Banyak reformasi dijanjikan telah diketepikan termasuk pemisahan pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya Rangkaian pelepasan tanpa pembebasan kepada individu berkaitan skandal rasuah menghakis keyakinan awam Undang-undang represif masih digunakan untuk menekan pengkritik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!