Shamsul Iskandar, Albert Tei tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Shamsul Iskandar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
Shamsul Iskandar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.05 pagi Khamis bagi menghadapi lima kes rasuah.

Shamsul Iskandar yang memakai baju batik berwarna hijau sementara Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise, diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa bergari.

Albert yag berbaju T berkolar warna biru turquoise diiringi anggota SPRM tanpa bergari bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
Albert yag berbaju T berkolar warna biru turquoise diiringi anggota SPRM tanpa bergari bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua lelaki itu akan didakwa atas lima pertuduhan masing-masing menerima dan memberi rasuah.

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan telah lengkap dan kedua-dua mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Shamsul Iskandar dan Albert Tei telah tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi lima kes rasuah
  • Shamsul Iskandar memakai baju batik berwarna hijau dan Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise
  • Kedua-dua diiringi oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tanpa bergari
  • Mereka akan didakwa atas lima pertuduhan masing-masing menerima dan memberi rasuah
  • Siasatan kes telah lengkap dan kedua-dua mereka akan dituduh mengikut Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!