Kronologi kes Shamsul Iskandar dan Albert Tei

Shamsul Iskandar, Albert Tei
Shamsul Iskandar, Albert Tei
A
A
A

KUALA LUMPUR – Berikut adalah kronologi lengkap perkembangan kes melibatkan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.

28 November 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Shamsul Iskandar dan Albert Tei bagi membantu siasatan berkaitan pemberian rasuah untuk mendapatkan semula dana politik yang didakwa disalurkan kepada beberapa wakil rakyat Sabah.

Shamsul Iskandar hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada tengah hari sebelum ditahan.

Albert Tei ditahan pagi hari sama di kediamannya di Puchong selepas gagal hadir memberi keterangan seperti diarahkan.

29 November 2025

Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.

Mahkamah membenarkan reman enam hari sehingga 4 Disember 2025.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengarahkan siasatan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

30 November 2025

Laporan media mula mendedahkan butiran siasatan, termasuk dakwaan bahawa terdapat pemberian wang oleh Albert Tei sebagai usaha “memulihkan” dana yang pernah diagihkan kepada beberapa ADUN Sabah.

3 Disember 2025

SPRM mengesahkan siasatan telah selesai sepenuhnya.

Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sejumlah pertuduhan rasuah.

Selain itu, satu lagi pertuduhan berasingan dijangka difailkan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari berikutnya.

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan Shamsul Iskandar dan Albert Tei berkaitan pemberian rasuah untuk mendapatkan semula dana politik di Sabah
  • Shamsul Iskandar ditahan setelah hadir memberi keterangan di SPRM, manakala Albert Tei ditahan di kediamannya di Puchong
  • Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan reman mereka disetujui selama enam hari
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM mengarahkan siasatan kes ini diselesaikan dalam tempoh tujuh hari
  • Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa atas sejumlah pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan satu lagi pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!