Lelaki maut terjatuh bangunan ketika panjat pagar ambil bola pickleball

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki memanjat pagar untuk mengambil bola pickleball berakhir tragedi apabila terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.43 malam, membabitkan mangsa lelaki berusia 32 tahun.
"Mangsa difahamkan sedang bermain pickleball di gelanggang tingkat tiga sebelum bola permainan tercampak keluar kawasan.
"Dia kemudian bertindak memanjat pagar di sebelah gelanggang untuk mengambil semula bola tersebut namun tergelincir dan jatuh ke tingkat bawah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Ringkasan AI
- Lelaki memanjat pagar untuk mengambil bola pickleball terjatuh dari tingkat tiga bangunan di Pudu
- Kejadian berlaku pada Selasa malam
- Mangsa berumur 32 tahun sedang bermain pickleball sebelum kejadian
- Mangsa tergelincir dan jatuh ketika mencuba mengambil bola
- Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

