Dua beradik dikhuatiri lemas, hanyut ketika ambil bola dalam longkang

Operasi SAR mencari dua mangsa yang disyaki hanyut di Taman Prima Saujana pada Khamis.
Operasi SAR mencari dua mangsa yang disyaki hanyut di Taman Prima Saujana pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.32 petang.

"Seramai enam orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati dua mangsa lelaki berusia 12 dan 14 tahun telah hanyut dibawa air.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan longkang utama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KAJANG - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang
  • Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengumumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.32 petang
  • Seramai enam orang anggota BBP Kajang bergegas ke lokasi kejadian yang berjarak lima kilometer
  • Dua mangsa ditemui adalah lelaki berusia 12 dan 14 tahun yang telah hanyut dibawa arus
  • Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dilakukan di kawasan longkang utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!