Suspek bunuh warga emas guna cangkul direman

LUMUT - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Koh, Sitiawan pada Sabtu lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid terhadap lelaki berusia 49 tahun itu di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu.
Suspek itu sebelum ini ditahan polis di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung selepas dipercayai memecah masuk rumah mangsa dan menyebabkan kematian wanita berusia 78 tahun tersebut menggunakan cangkul.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dalam laporan berkata, mangsa ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum laporan dibuat kepada polis.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai 38 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, samun dan mendatangkan kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ringkasan AI
- Seorang penganggur direman tujuh hari untuk siasatan kes pembunuhan warga emas di Kampung Koh, Sitiawan
- Perintah reman oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Seri Manjung
- Suspek ditahan selepas dipercayai memecah masuk dan membunuh wanita berusia 78 tahun dengan cangkul
- Mangsa ditemui ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri
- Suspek mempunyai 38 rekod jenayah lampau termasuk dadah, samun, dan kecederaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

