Mengamuk tak dapat duduk sebelah kekasih, pesawat terpaksa patah balik

Permintaan lelaki itu ditolak selepas dia enggan membayar untuk pertukaran tempat duduk tersebut. - Foto Agensi
Permintaan lelaki itu ditolak selepas dia enggan membayar untuk pertukaran tempat duduk tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Sebuah pesawat terpaksa membuat pusingan U dan mendarat cemas selepas pertengkaran tercetus antara seorang penumpang dan kru kabin.

Kejadian itu berlaku ketika IJ005 milik Spring Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo menuju ke Shanghai, China pada Isnin.

Penumpang lelaki itu naik angin selepas tidak dibenarkan untuk duduk bersama kekasihnya.

Difahamkan, permintaan itu ditolak selepas lelaki tersebut enggan membayar untuk pertukaran tempat duduk tersebut.

Guang Min Daily melaporkan, pergaduhan mulut antara penumpang itu dan kru kabin berlarutan selama hampir dua jam selepas pesawat berlepas.

"Pembantu penerbangan itu yang tidak lagi dapat menahan sabar bertindak mahu membuat aduan kepada pihak berkuasa hingga memaksa juruterbang berpatah balik.

"Sejurus pesawat mendarat, lelaki itu kemudiannya diiringi pihak berkuasa," jelas laporan itu lagi.

Pertengkaran itu menyebabkan penumpang lain terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan diberi ganti rugi berjumlah 10,000 yuan (RM5,841) seorang oleh Spring Airlines. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas selepas berlaku pertengkaran antara penumpang dan kru kabin
  • Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke Shanghai
  • Penumpang lelaki marah kerana tidak dibenarkan duduk bersama kekasihnya tanpa bayaran
  • Pergaduhan mulut berlarutan hampir dua jam setelah berlepas
  • Penumpang terjejas diberi ganti rugi 10,000 yuan oleh Spring Airlines

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!