Pesawat terpaksa patah balik kerana penumpang meracau

Penumpang tersebut didakwa mengalami mabuk udara dan kekeliruan (delirium). Foto Agensi
Penumpang tersebut didakwa mengalami mabuk udara dan kekeliruan (delirium). Foto Agensi
A
A
A

LYON – Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang meracau dipercayai mengalami kekeliruan mental dan cuba memecah masuk kokpit.

Ketika kejadian pada lewat Jumaat itu, pesawat easyJet tersebut membuat pusingan U ke Lapangan Terbang Lyon ketika ia sedang dalam perjalanan dari Perancis menuju ke Portugal.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, penumpang lain bertindak menghalangnya hingga pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat.

“Penumpang itu kemudiannya dibawa keluar oleh pihak berkuasa sebelum penerbangan diteruskan ke destinasi asal,” jelas easyJet dalam satu kenyataan.

Lelaki warga Portugal berusia 26 tahun itu dimasukkan ke hospital dan telah menjalani pemeriksaan perubatan serta mendapati dia mengalami mabuk udara dan kekeliruan (delirium). - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!