Kebakaran di Hong Kong: 15 ditahan bunuh tanpa niat, lebih ramai mungkin ditangkap

HONG KONG - Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki membunuh tanpa niat berhubung kebakaran besar di kawasan kediaman, menurut Pasukan Polis Hong Kong kepada pemberita pada Selasa, sambil berkata lebih banyak tangkapan dijangka dibuat, lapor Xinhua.
Mereka yang ditahan terdiri 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 77 tahun, kesemuanya mempunyai kaitan dengan firma penyelenggaraan kejuruteraan yang terlibat dengan kompleks perumahan Wang Fuk Court di Tai Po, menurut polis.
Sehingga 4 petang Selasa, kebakaran itu meragut 156 nyawa, dengan kira-kira 30 orang masih belum ditemukan, menurut pihak berkuasa. - Bernama - Xinhua
Ringkasan AI
- Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki membunuh tanpa niat dalam kebakaran di Hong Kong
- Ditahan termasuk 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 77 tahun
- Kesemua yang ditahan mempunyai kaitan dengan firma penyelenggaraan kejuruteraan
- Kebakaran besar berlaku di kompleks perumahan Wang Fuk Court di Tai Po
- Sehingga kini, kebakaran meragut 156 nyawa, dengan 30 orang masih belum ditemukan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
