Kebakaran dahsyat Hong Kong: Jawatankuasa bebas bakal ditubuhkan

Anggota bomba melakukan pemeriksaan di salah sebuah bangunan di Wang Fuk Court yang musnah dalam kebakaran dahsyat pada minggu lalu. - Foto AFP
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di salah sebuah bangunan di Wang Fuk Court yang musnah dalam kebakaran dahsyat pada minggu lalu. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Pemimpin Hong Kong pada Selasa mengumumkan sebuah jawatankuasa bebas akan menyiasat punca kebakaran terburuk yang meragut sekurang-kurangnya 151 nyawa pada minggu lalu.

"Jawatankuasa itu akan melakukan semakan yang komprehensif untuk memperbaharui sistem kerja bangunan bagi mengelakkan tragedi serupa berulang. Ia akan diketuai oleh seorang hakim demi memastikan kredibiliti dan proses yang telus.

"Pelaku bertanggungjawab cuba mencampurkan jaring tidak berkualiti dengan mengikut standard untuk menipu agensi penguatkuasa undang-undang," kata John Lee.

Menurutnya, pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa kegagalan dan menjanjikan pembaharuan kepada seluruh sistem pengubahsuaian bangunan.

"Kita perlu bertindak tegas untuk memastikan seluruh kelemahan ini ditangani dan mereka yang terlibat dipertanggungjawabkan. Masalah dan halangan akan diselesaikan," jelasnya lagi.

Sebanyak tujuh bangunan kediaman di Wang Fuk Court yang masih dalam pembinaan musnah dijilat api hingga menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal selain membangkitkan kemarahan orang ramai.

Siasatan bersama kumpulan pemerhati antirasuah dan polis telah menahan 14 individu dan 13 daripadanya didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat.

Pemeriksaan awal juga mendapati jaring yang digunakan pada perancah luar struktur tidak memenuhi piawaian rintangan api dan gagal menghalang kebakaran daripada terus merebak. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemimpin Hong Kong mengumumkan jawatankuasa bebas siasat kebakaran terburuk meragut 151 nyawa Jawatankuasa diketuai hakim, semak sistem kerja bangunan elak tragedi berulang Pelaku guna jaring tidak berkualiti menipu agensi penguatkuasa Pihak berkuasa janji pembaharuan sistem pengubahsuaian bangunan Siasatan tangkap 14 individu, 13 didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!