X

Kindly register in order to view this article
!

Mak Cik Kiah kini trending di Twitter

Makcik Kiah trending di Twitter.
A
A

KUALA LUMPUR - Setelah selesai pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, nama Mak Cik Kiah kini trending di Twitter.

Mak Cik Kiah kini trending setelah Perdana Menteri memberi contoh perbelanjaan yang bakal diterima dalam isi rumah tersebut.

"Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya Mak Cik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini membawa Grab.

"Anak Mak Cik Kiah adalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pendapatan isi rumah Mak Cik Kiah di bawah RM4,000 sebulan," katanya.

Beliau juga memberitahu, keluarga Mak Cik Kiah bakal menerima Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600.

"Baki Bantuan Sara Hidup (BSH) RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang RM800.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan umum bantuan tunai khas kepada golongan B40, M40

PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion

"Kalau suami Mak Cik Kiah berkhidmat dengan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dapat RM200 sehingga wabak akhir. Keseluruhan pemberian tunai keluarga Mak Cik Kiah akan dapat sekurang-kurangnya RM4,200." kata beliau.

Ekoran daripada pengumuman itu, nama Mak Cik Kiah trending hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen siapakah Mak Cik Kiah ini?

Ada juga netizen bergurau, 'Amboi trend Mak Cik Kiah kali ni' dan ada juga berkata, 'Untung Mak Cik Kiah'.

Setakat jam 4.30 petang, nama Mak Cik Kiah menerima 21,400, ciapan dan jumlah tersebut terus meningkat setiap masa.

Selain nama Mak Cik Kiah, TSMY merujuk kepada nama Tan Sri Muhyiddin Yasin juga trending.

Bukan itu sahaja tanda pagar #prihatinrakyat juga trending di Twitter.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus