Kerajaan Sabah turut disertai BN, Jafry Ariffin dilantik ahli Kabinet

Kenderaan rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu pada Isnin. Foto Bernama
Kenderaan rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) turut melibatkan Barisan Nasional (BN) Sabah apabila Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai anggota Kabinet negeri.

Terdahulu, beliau hadir di Istana Seri Kinabalu bagi upacara angkat sumpah dan difahamkan akan memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

[TIDAK RASMI] Senarai Kabinet kerajaan Sabah

Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam

Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun

Timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan.

AKAN MENYUSUL

Ringkasan AI

  • Kerajaan Sabah baru dibentuk selepas PRN17 melibatkan Barisan Nasional Sabah dengan pelantikan Datuk Jafry Ariffin dalam Kabinet
  • Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
  • Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti
  • Datuk Seri Masidi Manjun menjadi Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan
  • Senarai Kabinet termasuk portfolio penting seperti Pertanian, Perikanan, Pendidikan, dan Pembangunan Belia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!