[TIDAK RASMI] Calon Bebas cipta kejutan di Sebatik

KOTA KINABALU – Calon Bebas, Husni Frans mengejutkan banyak pihak apabila mendahului keputusan tidak rasmi dalam saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik setakat jam 9.31 malam.
Husni memperolehi 105 undi, sekali gus berada di depan penyandangnya merangkap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hassan A Gani Pg Amir yang memperoleh 83 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Aslan Fadli Samsul Alang mencatat 27 undi, manakala calon Warisan, Manahing Tinggilani @ Tanggilani meraih 24 undi.
Turut mendapat undi ialah calon STARSabah, Kadri Amat dengan 17 undi serta calon Perikatan Nasional (PN), Suhurani Sammani yang menerima lapan undi.
Empat lagi calon iaitu Abu Bakar Kumun (PPRS), Ismail Idris (Rumpun), Abdul Gaib Aliaman (PIS) dan Sahran Untai (AnakNegeri) masih belum mencatat sebarang undi.
DUN Sebatik mempunyai 16,893 pengundi berdaftar dengan 264 undi direkodkan setakat ini.
Ringkasan AI
- Calon Bebas, Husni Frans mengejutkan banyak pihak dengan mendahului keputusan tidak rasmi di kerusi DUN Sebatik
- Husni memperolehi 105 undi, mengatasi penyandang dari GRS, Datuk Hassan A Gani Pg Amir yang memperoleh 83 undi
- Calon BN, Aslan Fadli Samsul Alang mencatat 27 undi dan calon Warisan, Manahing Tinggilani @ Tanggilani meraih 24 undi
- Calon STARSabah, Kadri Amat dan calon PN, Suhurani Sammani masing-masing mendapat 17 dan lapan undi
- Empat calon lain belum mencatat sebarang undi dari 16,893 pengundi berdaftar di DUN Sebatik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

