Cubaan seludup 24 tan ayam sejuk beku berjaya dipatahkan

Lori dan bot yang dirampas.
Lori dan bot yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Sebanyak 24 tan ayam sejuk beku disyaki cuba diseludup masuk melalui Teluk Kabung, Pasir Gudang berjaya dipatahkan Zon Maritim Tanjung Sedili dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, maklumat risikan membawa kepada penahanan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan di jeti persendirian pada jam 2.45 petang, Jumaat.

“Hasil pemeriksaan menemui 2,071 kotak ayam sejuk beku yang mana setiap satunya seberat kira-kira 12 kilogram dipercayai cuba dibawa masuk tanpa kelulusan bagi mengelakkan pihak berkuasa.

"Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan, manakala sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut kotak ayam ini turut dirampas," katanya dalam kenyataan.

Mohd Najib memberitahu nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM600,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barangan tanpa kelulusan sah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Zon Maritim Tanjung Sedili dan PDRM berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan 24 tan ayam sejuk beku di Teluk Kabung, Pasir Gudang
  • Penahanan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan dibuat di jeti persendirian berdasarkan maklumat risikan
  • Pemeriksaan mendapati 2,071 kotak ayam sejuk beku seberat kira-kira 12 kilogram setiap satu tanpa kelulusan
  • Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan dan sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut ayam turut dirampas
  • Nilai rampasan dianggarkan RM600,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!