PRN Sabah: Ahmad Zahid seru pengundi guna hak pilih wakil terbaik

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 supaya menggunakan hak dan kuasa yang diberi untuk memilih wakil terbaik demi masa depan negeri itu.
"Hari ini ialah hari penting buat seluruh rakyat Sabah yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini.
"Segalanya kini terletak di tangan anda... Pilihlah dengan hati yang tenang dan pertimbangan yang matang," katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menasihati pengundi supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang proses pengundian, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Saya mendoakan semoga segala urusan anda dipermudah dan proses pengundian berjalan dengan lancar serta teratur. Insya-ALLAH. Selamat mengundi, rakyat Sabah," katanya.
Kesemua 882 pusat mengundi dan 3,559 saluran bagi pilihan raya itu dibuka serentak pada 7.30 pagi ini untuk memberikan peluang kepada 1.74 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka. - Bernama
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pengundi Sabah menggunakan hak pilih demi masa depan negeri
- Ahmad Zahid mengingatkan pengundi untuk memilih dengan pertimbangan matang
- Beliau menasihatkan pengundi merancang perjalanan dan mematuhi arahan keselamatan
- Ahmad Zahid mendoakan proses pengundian berjalan lancar dan teratur
- Sejumlah 882 pusat mengundi dibuka untuk 1.74 juta pengundi Sabah memilih wakil rakyat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
