E&O lancar Rumah Kelab dan presint komersial baharu di Bandar Elmina

Kok Tuck Cheong
Kok Tuck Cheong
A
A
A

PEMAJU hartanah terkemuka di Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) terus memperkasa pertumbuhan strategiknya di Lembah Klang dengan pelancaran serentak Rumah Kelab dan Presint Komersial di Bandar Elmina, sekali gus mempertingkatkan kualiti hidup penduduk sebagai hab gaya hidup utama yang mencipta pengalaman premium.

Pengarah Urusan Eastern & Oriental Berhad, Kok Tuck Cheong berkata, kemudahan yang menggabungkan elemen kesejahteraan, alam semula jadi dan komuniti secara harmoni terletak indah di Seri Embun iaitu perbandaran perintis E&O di Elmina.

Menurutnya, perkembangan tersebut sejajar dengan komitmen berterusan E&O untuk mewujudkan kediaman yang menampilkan keindahan segar dan nilai yang berpanjangan.

"Pemilik rumah hari ini bukan sekadar membeli hartanah; malah mereka juga melabur dalam gaya hidup yang mencerminkan aspirasi mereka terhadap kesihatan, reka bentuk dan komuniti.

"Visi kami untuk Seri Embun yang diperkukuh oleh rumah kelab ini adalah untuk membina persekitaran kehidupan yang meraikan nilai-nilai tersebut sekali gus menawarkan keseimbangan yang unik antara kecanggihan, kelestarian dan ketenangan,” katanya dalam kenyataan.

Antara kemudahan yang disediakan di Rumah Kelab E&O Elmina termasuklah gimnasium, kolam renang, kolam kanak-kanak, dewan serba guna, taman permainan kanak-kanak, taman landskap, taman herba, teres taman, laman acara, laman yoga, wakaf, surau dan jakuzi yang disepadukan dengan teliti dalam persekitaran yang subur dan menenangkan.

Kok Tuck Cheong menambah, melengkapi pencapaian tersebut, pihaknya turut melancarkan Laman Embun iaitu koleksi pertama lot komersial E&O di Elmina.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, dengan harga bermula daripada RM2.46 juta, presint pegangan bebas berkenaan terletak strategik pada kedudukan kurang 500 meter dari perbandaran baharu Seri Embun, sekali gus menawarkan peluang menarik kepada pelabur dan pemilik perniagaan yang mencari lokasi berhadapan dengan jalan utama dalam kawasan perbandaran yang sedang pesat membangun.

"Meliputi 15.1 ekar tanah pegangan bebas yang amat bernilai, Laman Embun menampilkan 110 unit pejabat kedai dua dan tiga tingkat dengan keluasan antara 3,256 hingga 10,883 kaki persegi.

"Dengan saiz lot bermula daripada 22’ x 75’, pembangunan ini menawarkan fleksibiliti untuk menampung pelbagai konsep runcit, makan minum dan gaya hidup," katanya.

Kehadiran E&O di Elmina mencipta komuniti yang dinamik dan berdaya lestari kendiri
Kehadiran E&O di Elmina mencipta komuniti yang dinamik dan berdaya lestari kendiri

Ujar beliau lagi, dengan pasaran hartanah berteraskan kesejahteraan di Malaysia dijangka mencecah nilai RM35 bilion dalam tempoh sedekad akan datang, permintaan terhadap pembangunan yang menyepadukan gaya hidup, kesejahteraan dan potensi pelaburan akan terus meningkat.

"Diperkukuh oleh Rumah Kelab E&O Bandar Elmina dan presint komersial Laman Embun, kehadiran E&O di Elmina mencerminkan penyatuan ini ruang untuk kediaman, rekreasi dan keusahawanan digabungkan bagi mencipta komuniti yang dinamik dan berdaya lestari kendiri.

"Lembah Klang dijangka memacu sebahagian besar pertumbuhan ini, diterajui oleh pemilik rumah dan pelabur berwawasan yang melihat hartanah bukan sekadar aset, tetapi juga sebagai asas kepada kehidupan holistik jangka panjang," katanya.

Ringkasan AI

  • Eastern & Oriental Berhad melancarkan Rumah Kelab dan Presint Komersial di Bandar Elmina untuk meningkatkan kualiti hidup
  • Kemudahan yang disediakan merangkumi elemen kesejahteraan, alam semula jadi, dan komuniti
  • Membina persekitaran yang meraikan kesihatan, reka bentuk, dan komuniti adalah visi untuk Seri Embun
  • Laman Embun, koleksi lot komersial pertama E&O di Elmina, menawarkan peluang kepada pelabur dan pemilik perniagaan
  • Pasaran hartanah berteraskan kesejahteraan di Malaysia dijangka mencecah RM35 bilion dalam dekad akan datang, dengan permintaan tinggi terhadap pembangunan gaya hidup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!