JIM tawar pasport ganti percuma mangsa banjir

JIM menawarkan khidmat penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir. - Foto hiasan
JIM menawarkan khidmat penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan khidmat penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara percuma kepada mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen itu akibat bencana banjir.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya menzahirkan keprihatinan terhadap kesukaran yang dialami mangsa bencana banjir di seluruh negara.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan mereka yang terjejas dan memastikan keperluan perjalanan serta urusan rasmi dapat diteruskan tanpa sebarang halangan.

"Mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana Pejabat JIM yang berdekatan.

"Syarat bagi penggantian pasport percuma ini ialah pasport masih sah dan tidak kurang daripada enam bulan, membawa kad pengenalan dan pasport asal (sekiranya masih ada), menyerahkan salinan laporan polis (bagi kehilangan PMA) serta laporan pengesahan bencana banjir daripada pihak bomba atau pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zakaria
Zakaria

Beliau berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh hadir ke pejabat imigresen berhampiran.

Jelasnya, JIM kekal komited memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir dan membantu mereka kembali mengurus kehidupan harian dengan lebih mudah dan teratur," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Jabatan Imigresen Malaysia menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma kepada mangsa banjir
  • Inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan mangsa banjir dan memastikan keperluan perjalanan mereka diteruskan tanpa halangan
  • Pasport yang hilang atau rosak akibat banjir boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa bayaran
  • Syarat penggantian pasport termasuk pasport yang masih sah, membawa kad pengenalan, pasport asal jika ada, laporan polis dan pengesahan bencana banjir
  • JIM komited memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!