Angka korban kebakaran bangunan di Hong Kong meningkat kepada 55 orang

Angka korban kebakaran besar di Hong Kong sejak Rabu petang meningkat kepada 55 orang.
Angka korban kebakaran besar di Hong Kong sejak Rabu petang meningkat kepada 55 orang.
A
A
A

HONG KONG - Angka korban kebakaran besar yang memusnahkan bangunan kediaman di Hong Kong sejak Rabu petang meningkat kepada 55 orang, menurut Jabatan Perkhidmatan Bomba (FSD) pada sidang media Khamis, lapor Xinhua.

FSD berkata, seramai 72 orang yang cedera dalam kebakaran itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan, termasuk lapan anggota bomba.

Lebih 200 orang masih dilaporkan hilang.

FSD telah mengerahkan 304 jentera bomba dan kenderaan penyelamat, serta menggunakan dron untuk memantau tahap haba bagi mengelakkan kebakaran berulang.

Jabatan itu berkata, api telah dipadamkan di empat bangunan yang terjejas dan berjaya dikawal di tiga bangunan lain.

Kawasan kediaman Wang Fuk Court terdiri daripada lapan blok bangunan, semuanya diselubungi jaring hijau dan perancah kerana projek pengubahsuaian besar-besaran.

Tiga lelaki yang bertanggungjawab terhadap kerja pengubahsuaian telah ditahan sebelum ini kerana disyaki mengakibatkan kematian tanpa niat, selepas siasatan polis mengesyaki bahan mudah terbakar yang menutupi bangunan sebagai punca kemungkinan penyebaran api yang pantas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Angka korban kebakaran besar di Hong Kong meningkat kepada 55 orang
  • Seramai 72 orang cedera telah dihantar ke hospital termasuk lapan anggota bomba
  • Lebih 200 orang masih dilaporkan hilang
  • FSD mengerahkan 304 jentera bomba dan kenderaan penyelamat, serta menggunakan dron
  • Tiga lelaki ditahan kerana disyaki mengakibatkan kematian tanpa niat dari projek pengubahsuaian yang menggunakan bahan mudah terbakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!