Hassan Karim luah keresahan melalui sajak 'Suatu Ilusi '

Sajak dimuat naik Hassan di Facebook rasmi miliknya pada Khamis.
Sajak dimuat naik Hassan di Facebook rasmi miliknya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tampil meluahkan kegusaran terhadap perkembangan politik negara yang disifatkannya semakin tersasar melalui sebuah sajak bertajuk Suatu Ilusi yang ditulis pada Khamis.

Menerusi nukilan dimuat naik di Facebook rasminya, beliau seakan-akan membuat kritikan terbuka terhadap janji-janji memerangi rasuah serta perubahan sikap kepimpinan sejak memegang tampuk kuasa.

"Hari ini, tirai kepalsuan telah diruntuhkan. Janji memerangi korupsi sebenarnya suatu ilusi. Dulu kita naik ke Perdana Putra atas autoriti moral tinggi tapi kini kita sedang tenggelam dalam arus kebendaan.

"Tiada apa lagi yang kita ada sekarang untuk layak kekal di gerbang kekuasaan. Setiap hari, kita bukan maju ke depan. Sebenarnya kita undur defensif ke belakang," menurut Hassan lagi.

Dalam tulisannya, beliau menyentuh tindakan menyaman serta melakukan tangkapan-tangkapan ketika suara protes rakyat semakin lantang.

Walaupun menyatakan bahawa kuasa masih berada di tangan, Hassan berpendapat bahawa kepimpinan telah hilang legitimasi dari sehari ke sehari.

Justeru, beliau turut menyeru sahabatnya agar mendengar peringatan yang disampaikan.

"Sahabat-sahabatku di tampuk Putrajaya. Dengarkan ini, kepercayaan dan keyakinan rakyat bukan saham boleh dijual beli," tambah beliau lagi.

Melalui bait sajaknya, Hassan menekankan bahawa sekiranya kepercayaan diberikan dikhianati, maka rakyat tidak akan percaya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, meluahkan kegusaran terhadap perkembangan politik negara melalui sajak "Suatu Ilusi" Beliau kritik janji memerangi rasuah dan perubahan sikap kepimpinan sejak memegang kuasa Menurut Hassan, kepalsuan janji memerangi korupsi telah terdedah dan kini terjebak dalam kebendaan Hassan menyentuh tentang tindakan menyaman dan membuat tangkapan ketika suara protes rakyat Hassan mengingatkan bahawa kepercayaan rakyat bukan untuk dijual beli dan sekiranya dikhianati, rakyat tidak akan percaya lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!