SPRM minta wanita dalam klip video Albert Tei hadir beri keterangan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan Albert Tei yang tersebar pada hari ini untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, kehadiran wanita itu amat penting bagi membantu siasatan kes melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025.
"Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama,” menurut kenyataan itu.
SPRM turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan dan memberi ruang kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh. - Bernama
Ringkasan AI
- SPRM meminta seorang wanita dalam klip video bersama Albert Tei untuk memberi keterangan
- Wanita itu penting untuk siasatan kes bekas Setiausaha Politik Kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar
- SPRM sedang berusaha mengesan wanita tersebut untuk hadir ke pejabat pada 1 Disember 2025
- Albert Tei juga diminta hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh sama
- SPRM ingatkan untuk tidak buat spekulasi dan beri ruang siasatan berjalan bebas menyeluruh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
