Pelajar universiti maut motosikal bergesel dengan lori

Pelajar universiti maut dalam kemalangan apabila motosikalnya bergesel dengan lori di Lebuhraya Utara-Selatan pada Rabu. Foto IPD Muar
Pelajar universiti maut dalam kemalangan apabila motosikalnya bergesel dengan lori di Lebuhraya Utara-Selatan pada Rabu. Foto IPD Muar
A
A
A

TANGKAK – Seorang pelajar universiti maut apabila motosikalnya bergesel dengan lori dalam kemalangan di kilometer (KM) 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Taib berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 10.40 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha berwarna biru dengan lori jenis Hino berwarna putih.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang berusia 20 tahun bergesel dengan sebuah lori.

"Akibat pergeselan tersebut mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh ke lorong kecemasan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanpun, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Raiz Mukhliz, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa bagi membantu siasatan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelajar universiti maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan kerana motosikalnya bergesel dengan lori
  • Kemalangan berlaku pada jam 10.40 pagi melibatkan motosikal Yamaha dengan lori Hino
  • Mangsa berusia 20 tahun hilang kawalan dan terjatuh ke lorong kecemasan
  • Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan
  • Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!