JIM siasat dakwaan pasport palsu lepasi pemeriksaan di KLIA

Laporan Sinar Harian mengenai seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia.Gambar kecil: Zakaria
Laporan Sinar Harian mengenai seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia.Gambar kecil: Zakaria
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat dakwaan tular di media sosial TikTok berkaitan pasport palsu yang melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan dijalankan pihaknya daripada pelbagai sudut.

"Setakat ini tiada laporan diterima JIM berhubung dakwaan terbabit.

"Kita sedang kenal pasti pemilik akaun TikTok terbabit dan juga tidak tolak kemungkinan akan memanggil anggota dipercayai petugas syarikat penerbangan berkenaan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, JIM memandang serius dakwaan terbabit yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Tambah Zakaria, JIM juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan isu terbabit untuk salurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan pemeriksaan pasport sebuah negara yang dipercayai dijalankan anggota keselamatan syarikat penerbangan terhadap warga asing.

Berdasarkan rakaman video itu, setelah beberapa minit semakan dan pemeriksaan dilakukan, warga asing terbabit dipercayai telah dibenarkan menaiki pesawat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Imigresen Malaysia menyiasat dakwaan pasport palsu di KLIA Terminal 2 yang viral di TikTok
  • Siasatan melibatkan kenal pasti pemilik akun TikTok dan memanggil petugas syarikat penerbangan
  • Setakat ini tiada laporan rasmi diterima berkaitan dakwaan itu
  • JIM memandang serius isu tersebut dan menyeru orang ramai yang ada maklumat untuk bantu siasatan
  • Video viral menunjukkan pemeriksaan pasport dan warga asing dibenarkan menaiki pesawat selepas beberapa minit semakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!