Guna pasport palsu, pelancong dakwa lepas pemeriksaan di lapangan terbang

SHAH ALAM – Seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia.
Individu menggunakan nama @usa_warm98 di akaun TikTok memuatnaik video yang memaparkan dirinya melalui kaunter pemeriksaan tanpa sebarang halangan, sebelum mendedahkan bahawa dokumen yang dipegang sebenarnya tidak sah.
Video yang berdurasi tiga minit 34 saat itu kini tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pegawai membuat pemeriksaan pasport seperti biasa, namun individu tersebut tetap dilepaskan.
Dalam video berkenaan, pelancong tersebut turut meluahkan rasa terkejut kerana tidak dikenakan sekatan walaupun pasport miliknya bukan yang asli.
Dalam video berlainan, seorang wanita mendakwa, sangat mudah untuk memasuki negara Malaysia kerana tidak mempunyai pemeriksaan yang ketat daripada pihak imigresen.
Beliau yang mendakwa pertama kali melawat Malaysia hairan apabila pihak imigresen tidak mengimbas pasportnya, malah dokumen tersebut juga tidak menerima sebarang cop kemasukan.
Sinar Harian kini sedang mendapatkan maklum balas daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menjawab dakwaan video tersebut.
Ringkasan AI
- Seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia
- Individu menggunakan nama @usa_warm98 di akaun TikTok memuatnaik video yang memaparkan dirinya melalui kaunter pemeriksaan tanpa sebarang halangan
- Video yang berdurasi tiga minit 34 saat itu kini tular di media sosial
- Dalam video tersebut, kelihatan beberapa pegawai membuat pemeriksaan pasport seperti biasa, namun individu tersebut tetap dilepaskan
- Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menjawab dakwaan video tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

