X

Kindly register in order to view this article
!

Info staf hospital Muar positif Covid-19 tular tidak benar

Kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar mengaitkan tiga buah hospital termasuk kakitangan Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, HSPF menafikan dakwaan tular mengaitkan stafnya dijangkiti wabak berkenaan.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Pengarah Hospital Selayang menafikan pihaknya menerima sumbangan wang sebanyak RM160,000 untuk pembelian ventilator.

"Ini berikutan dakwaan berita yang tular mengatakan Zurich Malaysia menderma RM160,000 kepada Hospital Selayang untuk membeli ventilator," katanya hari ini.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan sama turut menjelaskan bahawa berita tentang bantuan perubatan untuk Hospital Kuala Lumpur sebenarnya inisiatif badan bukan kerajaan.