Pelajar tidur di fakulti selepas akaun bank dibekukan

Pihak universiti telah membantu mangsa susulan kejadian berkenaan. (Foto media sosial)
Pihak universiti telah membantu mangsa susulan kejadian berkenaan. (Foto media sosial)
A
A
A

THAILAND - Seorang pelajar universiti di Udon Thani terpaksa tidur di bangunan fakulti selepas akaun banknya dibekukan gara-gara dipinjamkan kepada rakan yang baru dikenalinya, lapor portal berita Thailand Khaosod.

Lelaki berusia 22 tahun itu merupakan pelajar tahun ketiga jurusan sains pengurusan mendakwa meminjamkan akaun banknya kepada seorang pelajar Vietnam tahun akhir yang baru dikenalinya pada Ogos lalu.

Rakan itu mendakwa memerlukan akaun bank bagi urusan jualan dalam talian.

Tidak lama selepas itu, kira-kira 50,000 baht (sekitar RM6,500) dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebelum dia diminta mengeluarkan wang tersebut.

Beberapa minggu kemudian, akaunnya dibekukan bank.

Akibat hilang akses kepada wang simpanannya sendiri, mangsa gagal membayar sewa bilik selama dua bulan dan akhirnya terpaksa keluar dari kediamannya.

Menurut laporan sama, pelajar itu kemudian tidur di ruang umum sebuah bangunan fakulti di kampus baru-baru ini kerana tidak mempunyai tempat tinggal, selain mengakui sukar tidur pada waktu malam akibat gigitan nyamuk dan keadaan tidak selesa.

Mangsa berkata, dia telah ke balai polis untuk mendapatkan nasihat, namun pada peringkat awal tidak menerima maklumat jelas mengenai status siasatan.

Perkembangan terkini melaporkan pelajar tersebut hadir membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Udon Thani pada 14 November dan polis memaklumkan akan memanggil pelajar Vietnam berkenaan untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Pihak universiti juga difahamkan telah menghubunginya dan menawarkan penginapan sementara di asrama lelaki kampus sehingga masalah tersebut diselesaikan.

Mangsa menyifatkan, kejadian berkenaan sebagai pengajaran besar untuk tidak mudah mempercayai sesiapa sehingga sanggup meminjamkan akaun bank bagi tujuan yang tidak pasti.

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar di Udon Thani, Thailand terpaksa tidur di bangunan fakulti setelah akaun banknya dibekukan kerana dipinjamkan kepada rakan baru
  • Pelajar tersebut meminjamkan akaun banknya kepada seorang pelajar Vietnam untuk urusan jualan dalam talian
  • Sekitar 50,000 baht dimasukkan ke dalam akaun sebelum dibekukan oleh bank
  • Akibatnya, pelajar tersebut tidak dapat membayar sewa dan terpaksa tinggal di bangunan fakulti
  • Pelajar itu telah membuat laporan polis dan universiti telah menawarkan asrama sementara sebagai tempat tinggal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!