GHF tamat operasi agihan bantuan di Genting Gaza

Ratusan penduduk Palestin ditembak mati dengan sengaja ketika cuba mendapatkan bantuan di pusat agihan tersebut. Foto AFP
Ratusan penduduk Palestin ditembak mati dengan sengaja ketika cuba mendapatkan bantuan di pusat agihan tersebut. Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel menamatkan operasi agihan bantuan di Genting Gaza selepas berdepan kritikan banyak pihak selepas ratusan pencari bantuan terbunuh di hab berkenaan.

Agensi bantuan kontroversi itu mengumumkan penamatan usaha mereka yang turut dipersoalkan banyak pihak, beberapa minggu selepas menggantung operasi susulan pelaksanaan gencatan senjata pada 10 Oktober lalu.

"Pusat penyelarasan multinasional di Israel yang menyelia rancangan Presiden, Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza akan mengguna pakai dan mengembangkan model yang telah dirintis oleh GHF.

"Misi kami telah berjaya," kata Pengarah Eksekutifnya, John Acree sambil menambah agensi itu hanya berfungsi sebagai 'inisiatif kecemasan sementara'.

GHF yang melangkaui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengagihkan bantuan, kira-kira tiga bulan selepas Israel mengenakan sekatan ke atas penghantaran bekalan bantuan ke Gaza hingga menyebabkan krisis kebuluran meruncing di wilayah tersebut.

Ia mendakwa telah mengagihkan kira-kira 187 juta bantuan makanan kepada penduduk Palestin selama tempoh hampir enam bulan, namun angka itu tidak dapat disahkan.

Hamas dalam satu kenyataan bagaimanapun menyambut baik penutupan operasi agensi tersebut dan menggesa mahkamah antarabangsa supaya menghukum pelaku bertanggungjawab yang menzalimi penduduk Palestin. - AFP

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dengan sokongan AS dan Israel menamatkan operasi agihan bantuan di Genting Gaza
  • Agensi tersebut menangguhkan operasi selepas gencatan senjata pada 10 Oktober dan kini mengumumkan penamatannya
  • Pusat penyelarasan multinasional di Israel akan mengambil alih dan mengembangkan model GHF
  • GHF mengagihkan bantuan selepas Israel mengenakan sekatan, mendakwa telah mengagihkan 187 juta bantuan makanan
  • Hamas menyambut baik penutupan GHF dan menggesa hukuman terhadap mereka yang menzalimi penduduk Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!