Amirul AF4 meninggal dunia

Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau dikenali Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau dikenali Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
A
A
A

 

SHAH ALAM - Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat iaitu Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, atau dikenali Amirul dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengacara Datuk Azni Nawawi di akaun Instagram miliknya.

Katanya, dikhabarkan bintang AF4 Amirul hari ini pergi mengadap ilahi.

"Allahu satu lagi berita sedih Paknil terima. Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amighul berada di Sarawak.

"Sesekali dia ada bertanya khabar di sosial media.

"Hari ini Amighul sudah tiada, takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah," ujarnya pada Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang kini sedang hamil trimester ketiga.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2023.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul Azwan Mohd Ghazali atau Amirul, berusia 37 tahun telah meninggal dunia
  • Pengacara Datuk Azni Nawawi mengumumkan berita duka tersebut di Instagram
  • Amirul dikenali selepas menyertai AF4 dan mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan selepas itu meskipun jarang bertemu
  • Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil trimester ketiga
  • Pasangan tersebut baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!