15 calon ‘heavyweight’ GRS perkukuh legitimasi di Sabah

A
A
A

SHAH ALAM - Mencalonkan tokoh-tokoh berpengaruh oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini bukan sahaja mencerminkan strategi politik tetapi menunjukkan kuasa, legitimasi dan jaringan sosial terbentuk serta dipertahankan dalam struktur politik negeri.

Profesor Pusat Kajian Pembangunan Sosial dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Novel Lyndon berpandangan, tokoh ternama seperti Datuk Seri Hajiji Noor, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Tan Sri Anifah Aman dan Datuk James Ratib membawa modal politik terinstitusi iaitu gabungan reputasi, pengalaman serta hubungan sosial yang memberikan mereka kedudukan dominan dalam arena politik Sabah.

Beliau menjelaskan, pengaruh calon-calon tersebut perlu difahami melalui perspektif hubungan patron-klien terutama di kawasan luar bandar.

"Tokoh berpengaruh biasanya memiliki jaringan patronage yang luas dan mendalam, menghubungkan mereka dengan ketua kampung, pemimpin masyarakat, institusi keagamaan dan jaringan pentadbiran.

"Jaringan ini membentuk modal sosial seperti dijelaskan oleh Pierre Bourdieu, membolehkan mereka mendapatkan sokongan lebih efisien berbanding calon baharu.

"Dalam hal ini, kemenangan politik bukan hanya ditentukan oleh kempen formal tetapi pertukaran simbolik dan praktikal antara calon dan pengundi," katanya kepada Sinar Harian.

INFOGRAFIK

1 - Tan Sri Pandikar Amin Mulia (N08 Pintasan)

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

2 - Datuk Seri Hajiji Noor (N12 Sulaman)

No Image Caption

3 - Datuk Joniston Bangkuai (N15 Kiulu)

No Image Caption

4 - Datuk Juil Nuatim (N27 Limbahau)

No Image Caption

5 - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (N28 Kawang)

No Image Caption

6 - Tan Sri Anifah Aman (N30 Bongawan)

No Image Caption

7 - Datuk Mohd Ariffin Arif (N31 Membakut)

No Image Caption

8 - Datuk Isnin Aliasnih (N32 Klias)

No Image Caption

9 - Datuk Dr Joachim Gunsalam (N36 Kundasang)

No Image Caption

10 - Datuk Seri Masidi Manjun (N37 Karanaan)

No Image Caption

11 - Datuk Rubin Balang (N43 Kemabong)

No Image Caption

12 - Datuk Abdul Ghani Yasin (N46 Nabawan)

No Image Caption

13 - Datuk James Ratib (N48 Sugut)

No Image Caption

14 - Datuk Masiung Banah (N57 Kuamut)

No Image Caption

15 - Datuk Norazlinah Arif (N63 Kunak)

No Image Caption

ADVERTORIAL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!