Jawi kerjasama dengan KPDN siasat kes 'disc brake' guna simbol lucah

Tangkap layar video tular memaparkan disc brake yang menggunakan simbol lucah.
Tangkap layar video tular memaparkan disc brake yang menggunakan simbol lucah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat dakwaan terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan 'disc brake' motosikal yang mempunyai lambang lucah.

Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, pihaknya mengambil perhatian video yang dimuat naik seorang pengguna media sosial bernama 'Shinji Nagato' berhubung isu terbabit.

"Pihak Jawi akan membuat siasatan lanjut berkaitan perkara ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Ini kerana kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila kita rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tegasnya, Jawi turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka.

Sebelum itu, pempengaruh dikenali Shinji Nagato di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang menggunakan simbol lucah itu pada komponen motosikal.

Kenyataan yang dikeluarkannya menerusi rakaman video itu juga menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jawi menyiasat dakwaan terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan 'disc brake' motosikal dengan lambang lucah
  • Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan, mengambil perhatian video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama 'Shinji Nagato'
  • Jawi akan bekerjasama dengan KPDN untuk siasatan lanjut
  • Produk dengan lambang lucah dianggap tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia
  • Jawi menasihati para pengeluar dan pengguna supaya tidak menggunakan lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!