Ketua kampung, guru Kafa Perak terima kenaikan elaun

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad membentangkan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. Foto Bernama
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad membentangkan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

IPOH – Kerajaan Perak meningkatkan elaun bulanan ketua kampung dan guru Kafa sebagai menghargai peranan mereka dalam memacu pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kadar elaun Ketua Kampung Tradisional, Ketua Kampung Cina dan Ketua Kampung India dinaikkan sebanyak RM100, menjadikan elaun baharu RM900 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

"Langkah ini akan memberi manfaat kepada 996 ketua kampung di seluruh negeri dengan implikasi kewangan RM4.8 juta setahun, meningkat RM1.4 juta berbanding sebelumnya," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

Saarani berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menambah elaun guru Kafa daripada RM200 kepada RM400 sebulan, menjadikan jumlah elaun yang diterima RM1,500 termasuk peruntukan RM1,100 daripada Kerajaan Persekutuan.

Sementara bagi elauan guru I’dadi dan guru Thanawi dinaikkan RM200 menjadikan jumlah RM1,400 sebulan.

"Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada 3,310 guru Kafa serta 80 guru I’dadi dan Thanawi di seluruh Perak dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM9.4 juta setahun, termasuk bayaran caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)," katanya.

Saarani menegaskan, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh institusi akar umbi serta memastikan kesejahteraan masyarakat terus terjamin.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Perak meningkatkan elaun bulanan untuk ketua kampung dan guru Kafa
  • Elaun ketua kampung naik RM100 menjadi RM900 sebulan mulai 1 Januari 2026
  • Kenaikan elaun manfaatkan 996 ketua kampung dengan kos tambahan RM4.8 juta setahun
  • Elaun guru Kafa dinaikkan RM200 kepada RM1,500 sebulan
  • Kenaikan gaji guru Kafa dan guru I'dadi dan Thanawi bertujuan memperkukuh institusi akar umbi dan kesejahteraan masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!