Pejabat SPRM Perlis ditutup sementara kerana banjir

SHAH ALAM - Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara pada Selasa susulan banjir yang melanda negeri berkenaan.
SPRM dalam kenyataan berkata, penutupan sementara itu dibuat berikutan laluan yang menghubungkan pejabat berkenaan telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui.
"Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh Pejabat SPRM Negeri Perlis akan dibuka semula, namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan.
"Bagaimanapun, sebarang aduan rasuah atau rujukan boleh dibuat secara terus menerusi saluran rasmi SPRM seperti di Portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my, atau menerusi Portal Aduan Rasuah SPRM di alamat www.portaladuan.sprm.gov.my serta di talian bebas tol 1800-88-6000 dan aplikasi MACC Mobile," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ringkasan AI
- Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara akibat banjir
- Laluan ke pejabat tersebut dinaiki air dan tidak dapat dilalui
- Tiada jangkaan tarikh pembukaan semula pejabat
- Aduan rasuah boleh dibuat melalui portal rasmi SPRM atau talian bebas tol
- Informasi untuk melakukan aduan tersedia di www.sprm.gov.my dan www.portaladuan.sprm.gov.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
