BN yakin rampas kembali Sabah

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali Sabah berdasarkan 45 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) sekali gus memberi peluang kepada gabungan itu menguasai pentadbiran negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keyakinan itu disokong dengan komitmen dan persiapan jentera serta sambutan akar umbi yang memberangsangkan.

"Di Sabah, BN bertanding 45 kerusi, sudah tentulah kita ada keyakinan untuk menang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Visonary De' Tea Logue anjuran Yayasan Pahang di sini pada Isnin.

Menurutnya, jumlah kerusi yang ditandingi BN memadai untuk gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

"Alhamdulillah penerimaan baik. Radu tetap radu, radu sampai menang," katanya yang turut turun berkempen di Sabah.

Hari Mengundi PRN Sabah pada Sabtu ini menyaksikan 596 calon mengesahkan pencalonan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Jumlah itu meningkat berbanding PRN Ke-16 yang hanya mencatatkan 447 calon.

Fenomena itu memberikan kesan besar dengan pertandingan tertinggi 14 penjuru di DUN Tulid, diikuti 13 penjuru di Bandau, Tamparuli, Inanam dan Kapayan manakala Banggi dan Moyog masing-masing 12 penjuru.

Paling sedikit ialah Senallang dan Merotai dengan empat penjuru.

Artikel Berkaitan:

GRS mempertaruhkan 55 kerusi yang mana 45 kerusi akan bertembung dengan BN manakala Pakatan Harapan pula bertanding di 12 kerusi serta 41 kerusi oleh Perikatan Nasional.

 

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17
  • BN bertanding 45 kerusi di Sabah
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan ini
  • Keyakinan berdasarkan komitmen dan persiapan jentera
  • Sambutan akar umbi yang memberangsangkan Sokongan terhadap BN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!