Jalan Batu Tiga Lama ditutup air naik mendadak

Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Taman Mesra, Seksyen U1 ditutup selepas paras air naik secara mendadak.
Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Taman Mesra, Seksyen U1 ditutup selepas paras air naik secara mendadak.
A
A
A

SHAH ALAM – Hujan lebat yang melanda sejak Ahad malam menyebabkan Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Taman Mesra, Seksyen U1 ditutup selepas paras air naik secara mendadak.

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penutupan itu dilakukan oleh anggota penguatkuasa bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif sehingga keadaan kembali pulih.

“Penutupan ini adalah langkah keselamatan sementara berikutan peningkatan paras air," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, dalam kemas kini terbaharu MBSA memaklumkan, beberapa kenderaan turut dipindahkan di Jalan Sentosa 25/129, Seksyen 25 di sini ke lokasi yang lebih selamat.

Kenyataan itu memaklumkan, proses pemindahan itu dibantu anggota Penguatkuasa MBSA dan berharap orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah di pusat penempatan sementara yang telah disediakan.

Sebahagian rumah di Jalan Sentosa Seksyen 25 di sini dilimpahi air berikutan hujan berterusan.
Sebahagian rumah di Jalan Sentosa Seksyen 25 di sini dilimpahi air berikutan hujan berterusan.

Selain itu, antara kawasan turut dilimpahi air ialah di Persiaran Budiman menghala ke Seksyen 25 di sini.

Artikel Berkaitan:

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811

Menerusi perkongsian Jokerasya di laman Threads, meminta orang ramai mengelakkan untuk melalui Seksyen 19 berikutan keadaan aliran trafik tinggi berikutan air longkang melimpah keluar.

"Info dari Ahli Majlis MBSA, paras sungai pasang sehingga jam 2 petang, paras (dijangka) mula surut selepas jam 2 hingga 5 petang," ujarnya.

CAPTION

Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Taman Mesra, Seksyen U1 ditutup selepas paras air naik secara mendadak.

Sebahagian rumah di Jalan Sentosa Seksyen 25 di sini dilimpahi air berikutan hujan berterusan.

Ringkasan AI

  • Hujan lebat menyebabkan penutupan Jalan Batu Tiga Lama ke Taman Mesra, Seksyen U1 MBSA menutup jalan untuk keselamatan pengguna akibat peningkatan paras air Pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif Beberapa kenderaan dipindahkan ke tempat selamat di Jalan Sentosa 25/129, Seksyen 25 Orang ramai diminta mengelakkan Seksyen 19 disebabkan trafik tinggi akibat air longkang melimpah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!