Sokongan golongan muda kepada GRS melonjak di Lamag - Masiung Banah

KOTA KINABALU - Sokongan dan sentimen pengundi terutama golongan muda kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin melonjak termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah berkata, selama membuat jelajah membantu rakan berkempen di beberapa DUN termasuk Lamag wujud fenomena agak berlainan dengan sebelumnya.
Menurutnya, ada satu situasi penyokong berpihak kepada GRS.
"Disebabkan GRS parti tempatan dan juga parti memerintah selama lima tahun, nampak kecenderungan rakyat itu berpihak kepada GRS.
"Selain parti tempatan, selama GRS memerintah banyak faedah yang rakyat dapat.
"Faedah pertama kestabilan politik, dan tidak ada pergolakan politik yang menjejaskan perpaduan," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Media sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah di Sandakan, pada Ahad.
Justeru, beliau yakin bahawa GRS akan membentuk kerajaan Sabah pada 29 November ini.
Ringkasan AI
- Sokongan pengundi muda kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meningkat
- GRS dilihat berbeza semasa kempen di Dewan Undangan Negeri Lamag
- Situasi menyebelahi GRS kerana ia merupakan parti tempatan dan memerintah
- GRS dikenali kerana memberi banyak faedah kepada rakyat termasuk kestabilan politik
- Datuk Masiung Banah yakin GRS akan membentuk kerajaan Sabah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
