Mangsa banjir cecah 10,750 orang di lapan negeri setakat jam 6 pagi Isnin

Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. Foto Bernama
Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 10,750 orang setakat jam 6 pagi, Isnin, melibatkan lapan negeri yang terjejas, menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,231 orang yang kini ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 907 mangsa berlindung di 16 PPS yang dibuka di Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.

Terengganu pula merekodkan 360 mangsa yang dipindahkan ke dua PPS di daerah Besut, manakala Kedah mencatatkan 337 mangsa di tiga PPS di daerah Kulim.

Di Perlis, dua daerah terjejas, Padang Besar dan Kangar, menyaksikan 268 mangsa ditempatkan di enam PPS.

Pulau Pinang pula melaporkan 237 mangsa berlindung di empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Sementara itu, Selangor mencatatkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga yang kini berada di satu PPS di Sabak Bernam.

Di Sarawak, seramai 44 mangsa dilaporkan terjejas dan ditempatkan di satu PPS di daerah Miri.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko, selain menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. - Awani

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Malaysia meningkat kepada 10,750 orang melibatkan lapan negeri
  • Kelantan catat jumlah mangsa tertinggi dengan 8,231 orang di 33 pusat pemindahan sementara
  • Perak kedua terjejas dengan 907 mangsa berlindung di 16 PPS
  • Terengganu dan Kedah rekodkan 360 dan 337 mangsa masing-masing
  • Pihak berkuasa memantau cuaca dan paras air sungai, nasihatkan orang ramai berwaspada

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!