Mangsa banjir catat 22,159 orang di lapan negeri

Statistik yang dikeluarkan info bencana JKM setakat jam 10.12 pagi Rabu.
Statistik yang dikeluarkan info bencana JKM setakat jam 10.12 pagi Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di lapan negeri meningkat kepada 22,159 orang daripada 7,751 keluarga yang kini ditempatkan di 178 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi Rabu.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 10.12 pagi, lapan negeri terjejas ialah Selangor, Perlis, Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 9,780 orang dengan 58 PPS dibuka di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.

Di Perak, seramai 4,233 mangsa ditempatkan di 43 PPS yang melibatkan lapan daerah iaitu Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Batang Padang.

Keadaan jalan yang dinaiki air di pekan Kangar yang dilanda banjir. Negeri itu mencatatkan 1,770 mangsa terlibat daripada 624 keluarga pada Rabu. Foto: Bernama
Keadaan jalan yang dinaiki air di pekan Kangar yang dilanda banjir. Negeri itu mencatatkan 1,770 mangsa terlibat daripada 624 keluarga pada Rabu. Foto: Bernama

Kedah pula merekodkan 2,922 mangsa membabitkan 1,062 keluarga yang dipindahkan ke 19 PPS di kawasan terjejas iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Sementara itu, Selangor mencatatkan 2,641 mangsa daripada 717 keluarga di 23 PPS susulan banjir di tujuh daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Di Perlis, sebanyak 1,770 mangsa daripada 624 keluarga direkodkan di tiga kawasan terjejas iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau.

Artikel Berkaitan:

Manakala di Terengganu, 786 mangsa dipindahkan, sementara Pahang mencatatkan 19 mangsa dan Pulau Pinang lapan orang, masing-masing membabitkan daerah Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu (Terengganu), Lipis (Pahang) dan Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang).

Ringkasan AI

  • Mangsa banjir di lapan negeri meningkat kepada 22,159 orang yang ditempatkan di 178 pusat pemindahan sementara
  • Lapan negeri terjejas adalah Selangor, Perlis, Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang
  • Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9,780 orang
  • Di Perak, 4,233 mangsa ditempatkan dan Kedah mencatatkan 2,922 mangsa
  • Selangor memiliki 2,641 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!