Naik taraf sistem aduan, buat sesi dialog dan selesaikan masalah - Calon GRS Darau

Mohamed Razali (tengah) ketika menghadiri Ramah Mesra Penduduk Taman Kingfisher, Kota Kinabalu pada Ahad.
Mohamed Razali (tengah) ketika menghadiri Ramah Mesra Penduduk Taman Kingfisher, Kota Kinabalu pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi akan mewujudkan majlis komuniti di setiap kampung dan taman perumahan di DUN berkenaan.

Mohamed Razali berkata, pihaknya juga akan mewujudkan sistem talian aduan dan sistem digital agar memudahkan aduan.

Menurutnya, ketika ini sistem aduan masih menggunakan kaedah lama dan masyarakat kurang ruang meluahkan masalah.

"Kita faham masalah ini memang timbul. Seperti yang saya sebut, pengurusan di kampung akan distruktur semula, manakala di taman-taman pula kita perlu bentuk satu majlis.

"Perlu ada satu badan yang menjadi perantara antara pemimpin dan residen yang tinggal di taman.

"Sebab kita dengar banyak keluhan, kena ada solusi, apa yang kita mahu buat adalah satu pembentukan dan perkara ini akan dibawa secara terancang," katanya dalam sidang media sempena Ramah Mesra Bersama Penduduk Kingfisher, di sini pada Ahad.

Menurut Mohamed Razali, selepas itu perkara yang paling penting adalah pihanya akan mengadakan sesi dialog bersama rakyat.

Itu antara manifesto Mohamed Razali dan berharap diberikan peluang memimpin DUN Darau.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Calon GRS untuk DUN Darau, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi akan mewujudkan majlis komuniti di setiap kampung dan taman perumahan
  • Mohamed Razali akan mewujudkan sistem talian aduan dan sistem digital untuk memudahkan aduan
  • Sistem aduan sekarang masih menggunakan kaedah lama dan kurang ruang untuk masyarakat meluahkan masalah
  • Akan dilakukan pengurusan semula di kampung-kampung dan pembentukan majlis di taman-taman perumahan sebagai perantara antara pemimpin dan residen
  • Mohamed Razali berencana mengadakan sesi dialog bersama rakyat sebagai bagian dari usahanya memperbaiki sistem pengaduan dan komunikasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!