Boling Worldwide Environment 2025 perkukuh kerjasama PBT, media

Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB) menganjurkan kejohanan boling persahabatan pada Sabtu.
Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB) menganjurkan kejohanan boling persahabatan pada Sabtu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Kejohanan Boling Persahabatan Worldwide Environment 2025 anjuran Bahagian Alam Sekitar, Kumpulan Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB) berjaya menghimpunkan 43 pasukan melibatkan agensi kerajaan pusat serta kerajaan negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rakan media pada Sabtu.

Bertempat di Sunway Megalane, Sunway Pyramid di sini, program tahunan itu disertai hampir 172 pemain.

Menurut Pemangku Pegawai Operasi Worldwide Environment, Danial Liew, acara tersebut menjadi bukti bahawa kerjasama yang kukuh boleh dibina melalui interaksi sosial.

"Kami menghargai penyertaan jabatan, agensi kerajaan dan rakan media yang sentiasa bertindak sebagai penyokong penting dalam usaha kami menjadi pemangkin buat industri alam sekitar di Selangor.

"Penganjuran program seumpama ini menjadi medium memperkukuh hubungan strategik antara agensi, di samping memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam kalangan warga industri," katanya dalam kenyataan.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian, Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid serta barisan pengurusan Kanan Worldwide Entech Sdn Bhd.

Antara agensi yang terlibat terdiri daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Selain itu, Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (UKAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Turut serta ialah wakil PBT dan pejabat daerah seluruh Selangor termasuk rakan media seperti Sinar Harian, New Straits Times (NST), Berita Harian (BH), Media Selangor serta Business Today.

Artikel Berkaitan:

Bagi kategori berpasukan, johan dimenangi oleh Pasukan Gators Bowler dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDTKL) dengan 2,340 jatuhan pin.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Pasukan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan 2,183 jatuhan pin manakala Pasukan Majlis Perbandaran Kuala Langat sebanyak 2,054 jatuhan pin.

Bagi jatuhan pin tertinggi individu lelaki, Mohd Shafiq dari pasukan PDTKL dinobatkan sebagai juara (694 jatuhan pin), manakala Nor Aziah mewakili Majlis Perbandaran Selayang menjuarai kategori individu wanita (509 jatuhan pin).

Kejohanan ini turut menyaksikan dua peserta menerima anugerah khas hasil pencapaian balingan lima 'strike' berturut-turut, iaitu Mohd Janizam dari IWK dan Mohd Mokhsein dari PDT Klang.

Ringkasan AI

  • Kejohanan Boling Persahabatan Worldwide Environment 2025 diadakan di Sunway Megalane, Sunway Pyramid oleh Bahagian Alam Sekitar, WHB dengan penyertaan 43 pasukan dari agensi kerajaan dan media
  • Hampir 172 pemain menyertai acara ini, menunjukkan kerjasama dapat dibina melalui interaksi sosial
  • Acara ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara agensi dan memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat
  • Agensi terlibat termasuk SWCorp, SEDA, UPEN, dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di samping rakan media seperti Sinar Harian dan NST
  • Pasukan Gators Bowler dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menang dalam kategori berpasukan dengan 2,340 jatuhan pin, manakala Mohd Shafiq dan Nor Aziah menang dalam kategori individu lelaki dan wanita

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!