Pekerja farmasi digigit ular sawa dalam tandas

Ular sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam tandas sebuah farmasi di Setia Alam pada Ahad.
Ular sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam tandas sebuah farmasi di Setia Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang pekerja wanita melalui detik mencemaskan apabila kakinya digigit seekor ular sawa ketika menggunakan tandas di sebuah farmasi di Setia Alam di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.46 petang.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong terus digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pekerja sebuah farmasi menerima rawatan lanjut selepas digigit ular sawa di tandas premis tersebut di Setia Alam pada Ahad.
Pekerja sebuah farmasi menerima rawatan lanjut selepas digigit ular sawa di tandas premis tersebut di Setia Alam pada Ahad.

Menurut beliau, setibanya pasukan bomba pada 4.04 petang, mereka mendapati mangsa seorang wanita berusia 23 tahun, telah digigit ular berkenaan ketika berada di dalam tandas premis tersebut.

"Anggota bomba berjaya melepaskan gigitan ular di kaki mangsa. Wanita itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan  untuk rawatan selanjutnya.

"Ular sawa sepanjang dua meter itu pula dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja wanita digigit ular sawa di tandas farmasi di Setia Alam
  • Panggilan kecemasan diterima pada 3.46 petang
  • Enam anggota BBP Bukit Jelutong dihantar ke lokasi
  • Mangsa berusia 23 tahun digigit ular di kaki
  • Ular dilepaskan di tempat yang selamat setelah gigitan dilepaskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!