Hajiji janji bawa lebih banyak kemajuan di Sulaman

Hajiji ketika melawat PDM Batangan dan Sub Tambalang pada Sabtu.
Hajiji ketika melawat PDM Batangan dan Sub Tambalang pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Beliau berkata, keyakinan tersebut bersandarkan pada kekuatan semangat rakyat serta jentera parti yang bekerja tanpa henti.

Malah katanya, keykinan tersebut juga berdasarkan pengamatannya melihat banyak keluarga yang meletakkan harapan kepada perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Semalam (Sabtu malam) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batangan dan PDM Sub Tambalang, saya sekali lagi menyaksikan komitmen luar biasa daripada jentera-jentera kita.

"Mereka turun padang dengan penuh keikhlasan, memastikan setiap rumah menerima mesej pembangunan, kestabilan dan masa depan yang lebih terjamin untuk anak-anak Sulaman.

"Insya-ALLAH dengan gerak kerja yang padu seperti ini, kita akan terus mempertahankan DUN Sulaman dan membawa lebih banyak kemajuan untuk semua keluarga di kawasan ini," katanya menerusi laman Facebook rasminya pada Ahad.

Terdahulu, Hajiji yang juga Presiden GRS ditentang calon muda dan muka baharu iaitu Dr Shahnon Rizal Thaijuddin daripada Barisan Nasional; Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hajiji yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sulaman
  • Keyakinan ini bersandarkan pada kekuatan semangat rakyat serta jentera parti yang bekerja tanpa henti
  • Banyak keluarga meletakkan harapan kepada perjuangan GR
  • Jentera parti telah turun padang memastikan setiap rumah menerima mesej pembangunan, kestabilan dan masa depan yang lebih terjamin
  • Hajiji ditentang oleh calon muda dan muka baharu dari Barisan Nasional, Parti Warisan, Perikatan Nasional dan Parti Impian Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!