Peneroka maut pulang dari solat Subuh di masjid

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan. - Foto IPD Kota Tinggi
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan. - Foto IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – Perjalanan pulang seorang warga emas selepas menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid bertukar tragedi apabila maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, seorang peneroka Felda Bukit Waha berusia 75 tahun difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Felda Waha.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas.

"Mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Yusof, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka serta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan semua pengguna," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!