Joachim optimis pertahan kerusi Kundasang

Joachim (tengah) melaungkan slogan ‘Tatap GRS’ bersama penyokong yang hadir dalam program Mirumo-rumo di Dewan mini, Kg Timbua, Kundasang
Joachim (tengah) melaungkan slogan ‘Tatap GRS’ bersama penyokong yang hadir dalam program Mirumo-rumo di Dewan mini, Kg Timbua, Kundasang
A
A
A

KUNDASANG - Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam optimis mempertahankan kerusi disandangnya itu walaupun berdepan saingan 10 penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). 

Menurutnya, ia bersandarkan pada faktor pengalaman dan rekod kejayaan sepanjang mewakili penduduk di kawasan berkenaan. 

“Manifesto kami sederhana dan realistik. Dengan pengalaman luas sebagai pemimpin senior di GRS, kami menyambung pembangunan yang sudah berjalan dan memberi manfaat terus kepada rakyat Kundasang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Joachim berkata, fokusnya tertumpu kepada pembangunan fizikal, ekonomi dan kesejahteraan penduduk sekiranya diberi mandat. 

Ini kerana ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, cuaca sejuk serta peluang pelancongan ekologi, termasuk sungai besar yang sesuai untuk aktiviti rekreasi," tambahnya. 

Selain itu beliau turut berhasrat melebarkan skala pembangunan infrastruktur meliputi perkampungan terpencil berbanding tertumpu di pekan. 

"Jalan dari Pekan Ranau ke kampung-kampung besar telah dinaik taraf, sementara pembangunan diteruskan ke Kaingaran termasuk pusat kesihatan dan sekolah.

“Penduduk DUN Kundasang tersebar luas, jadi pembangunan mesti menyeluruh supaya semua pihak mendapat manfaat," katanya.

Tambahnya, beberapa pencapaian penting telah dicatatkan sebelum ini sepanajng beliau mewakili kawasan berkenaan selama lebih 20 tahun. 

Artikel Berkaitan:

"Antaranya adalah memperluas bekalan elektrik ke kawasan pedalaman dan membina loji rawatan air untuk memenuhi keperluan asas rakyat," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Calon GRS DUN Kundasang optimis pertahankan kerusi disandang walaupun berdepan saingan 10 penjuru
  • Bersandar pada pengalaman dan rekod kejayaan mewakili penduduk Kundasang
  • Manifesto realistik dengan fokus pembangunan fizikal, ekonomi dan kesejahteraan penduduk
  • Berkhasrat melebarkan skala pembangunan infrastruktur meliputi perkampungan terpencil
  • Pencapaian penting termasuk memperluas bekalan elektrik dan membina loji rawatan air

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!