Pemandu kereta rempuh dua budak berbasikal ditahan polis

Dua kanak-kanak maut selepas dirempuh sebuah kereta semasa menunggang basikal. Foto tular
Dua kanak-kanak maut selepas dirempuh sebuah kereta semasa menunggang basikal. Foto tular
A
A
A

YAN - Polis menahan pemandu kereta yang disyaki terlibat kemalangan maut membabitkan dua kanak-kanak yang sedang menunggang basikal di Jalan Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pemandu kereta ditahan untuk diambil keterangan.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berusia 33 tahun itu mendapati negatif dadah.

"Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Hamizi berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan pemandu kereta yang disyaki terlibat kemalangan maut membabitkan dua kanak-kanak menunggang basikal di Yan
  • Pemandu berusia 33 tahun ditahan untuk keterangan, ujian saringan awal mendapati negatif dadah
  • Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun meninggal dunia di tempat kejadian
  • Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!