Budak tiga tahun maut, kereta dipandu bapa kemalangan

Dua buah Perodua Bezza kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah -Melang. Foto ihsanpolis
Dua buah Perodua Bezza kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah -Melang. Foto ihsanpolis
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas kereta dipandu bapanya terbabit kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah-Melang berhadapan sebuah stesen minyak di sini, pada petang Jumaat.

Kejadian jam 3.35 petang itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian membabitkan dua buah kereta Perodua Bezza.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan dipandu seorang lelaki bersama isteri, anak perempuan berusia tiga tahun serta anak saudara perempuan dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah Perodua Bezza yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan kereta dinaiki sekeluarga terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

No Image Caption

Menurutnya, Perodua Bezza dinaiki mereka cuba mengelak ke sebelah kanan jalan, namun gagal dan melanggar Perodua Bezza itu.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini.

Artikel Berkaitan:

"Bapa kanak-kanak itu, ibu serta sepupu perempuannya serta pemandu sebuah lagi Perodua Bezza masih dirawat di hospital sama.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ketika kereta dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Pilah-Melang
  • Kejadian berlaku pada petang Jumaat ketika keluarga dalam perjalanan pulang ke Seremban
  • Kemalangan membabitkan dua buah kereta Perodua Bezza
  • Kereta yang dinaiki sekeluarga terbabit cuba mengelak ke sebelah kanan tapi gagal dan melanggar kereta dari arah bertentangan
  • Kanak-kanak itu cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital, keluarganya dan pemandu kereta lain masih dirawat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!