KP Nadma dilantik sebagai KSU baharu Kementerian Komunikasi

Abdul Halim (kanan) sebelum ini berkhidmat selaku Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Foto Pejabat KSN
Abdul Halim (kanan) sebelum ini berkhidmat selaku Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Foto Pejabat KSN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi berkuat kuasa pada 24 November 2025.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini. Abdul Halim, 54, sebelum ini berkhidmat selaku Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dengan pengalaman kepimpinan yang luas serta rekod perkhidmatan yang cemerlang, saya yakin beliau akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan terus menyumbang kepada kesejahteraan serta kemakmuran negara,” kata Shamsul Azri.

Selain itu beliau juga merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemegang ljazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa sama, Shamsul Azri memaklumkan Meor Ismail Meor Akim dilantik sebagai Ketua Pengarah Nadma yang baharu berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Untuk rekod jawatan kanan itu sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Muhammad Fauzi Md Isa. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi berkuat kuasa pada 24 November 2025
  • Sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara
  • Memiliki pengalaman kepimpinan yang luas dan rekod perkhidmatan cemerlang
  • Adalah graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia
  • Berkecimpung dalam perkhidmatan awam selama hampir 30 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!