Sidang media PM luar biasa, berlangsung dalam pesawat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan media Malaysia pada ketinggian 40,000 kaki, tinggi di awan ketika dalam penerbangan menuju ke Johannesburg, sambil menjawab soalan mengenai isu-isu mendesak yang dihadapi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berinteraksi dengan media Malaysia pada ketinggian 40,000 kaki, tinggi di awan ketika dalam penerbangan menuju ke Johannesburg, sambil menjawab soalan mengenai isu-isu mendesak yang dihadapi negara.
A
A
A

JOHANNESBURG - Suasana sidang media kali ini cukup luar biasa, selaras dengan corak lawatan tiga negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merentasi benua Afrika.

Kira-kira dua jam selepas berlepas dari Addis Ababa, Ethiopia, media yang menyertai rombongan dimaklumkan bahawa Anwar mempunyai sedikit masa untuk mengadakan sidang media ringkas.

Dengan jadual ketat yang tidak memberi ruang untuk sesi taklimat panjang semasa lawatan rasmi ke Ethiopia, para petugas media segera bersiap sedia untuk memanfaatkan peluang itu.

Galley, dapur kecil dalam pesawat yang digunakan untuk menyediakan makanan dan minuman, dengan pantas diubah oleh kru kabin menjadi lokasi sidang media pada ketinggian 40,000 kaki.

Dengan deruman enjin pesawat bergabung dengan bunyi perlahan klik kamera, sidang media selama 15 minit itu berlangsung dengan Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan isu mendesak di tanah air.

"Saya sempat bertemu dan menjawab beberapa soalan daripada delegasi media yang turut serta dalam lawatan kali ini.

"Pertemuan ringkas ini memberi ruang untuk berkongsi hala tuju, menjelaskan beberapa dasar utama selain menegaskan komitmen Malaysia terhadap diplomasi yang telus, matang dan berpaksikan rakyat,” kata beliau dalam catatan di media sosial.

Walaupun suasananya tidak seperti kebiasaan, ia menambah elemen tindakan segera dan keakraban dalam pertukaran pandangan tersebut.

Kabin pesawat terasa lebih sempit daripada biasa memandangkan isu yang dibincangkan adalah berat dan serius, namun Perdana Menteri menjawab soalan dengan tenang, menjadikan sidang media tersebut lebih terbuka dan selesa.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri berada di Johannesburg untuk lawatan kerja empat hari dari 20 hingga 23 November ke Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Johannesburg sebagai tetamu Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa.

Anwar dan delegasi kemudiannya akan berlepas ke Nairobi, Kenya pada 23 November bagi lawatan rasmi, persinggahan terakhir sebelum pulang ke tanah air.

Perjalanan lima jam dari Ethiopia ke Afrika Selatan menjadi pengalaman bermakna bagi wartawan, jurugambar, dan kru kamera.

Laporan daripada dalam penerbangan pesawat sewaan Malaysia Airlines MH8501 dibawakan oleh Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi, Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Saraswathi Muniappan, dan jurugambar Zulaikha Zainuzman. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Suasana sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak biasa berlangsung di dalam pesawat sewaan dari Ethiopia ke Afrika Selatan
  • Anwar Ibrahim mengadakan sidang media ringkas selama 15 minit di dalam pesawat pada ketinggian 40,000 kaki
  • Sidang media ini diadakan di dalam galley pesawat yang diubah menjadi lokasi sidang media oleh kru kabin
  • Anwar menjawab soalan berkaitan isu mendesak di tanah air dan berkongsi hala tuju dan dasar utama Malaysia
  • Perdana Menteri berada di Johannesburg untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) sebagai tetamu Presiden Afrika Selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!