Op Bleach: SPRM panggil 16 individu, kertas siasatan dijangka siap Disember ini

Antara yang ditahan sebelum ini berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mempercepat proses permohonan pendatang asing menerusi Program RTK.
Antara yang ditahan sebelum ini berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mempercepat proses permohonan pendatang asing menerusi Program RTK.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mempercepat proses permohonan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Menurut sumber, SPRM kini sedang meneliti penglibatan beberapa ejen syarikat yang dipercayai terbabit dalam urusan tersebut dan menjangka kertas siasatan dapat disiapkan pertengahan Disember ini.

"Siasatan merangkumi kesalahan meminta atau menerima rasuah serta menawarkan suapan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

"SPRM turut menyiasat di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 berkaitan pemilikan harta hasil rasuah, selain kemungkinan pelanggaran Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan penjawat awam menerima barangan berharga tanpa balasan," katanya.

Seramai 16 individu telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mempercepat proses permohonan pendatang asing menerusi Program RTK.
Seramai 16 individu telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mempercepat proses permohonan pendatang asing menerusi Program RTK.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkembangan siasatan tersebut.

Terdahulu, 12 November lalu, Bahagian Perisikan SPRM telah menahan 10 pegawai agensi penguat kuasa dan seorang pesara menerusi Op Bleach.

Tangkapan itu dilakukan selepas mereka disyaki menerima habuan bagi mempercepat permohonan pendatang asing untuk disahkan sebagai pekerja sah dalam program RTK.

Operasi berkenaan merupakan tindakan susulan SPRM bagi melumpuhkan sindiket Counter Setting di pintu masuk negara.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seramai 16 individu telah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
  • SPRM menyiasat penglibatan ejen syarikat dalam mempercepat proses permohonan pendatang asing
  • Siasatan termasuk kesalahan meminta atau menerima rasuah di bawah Akta SPRM 2009
  • Pada 12 November, 10 pegawai agensi penguat kuasa dan seorang pesara ditahan dalam Op Bleach
  • Operasi ini adalah tindakan susulan SPRM untuk melumpuhkan sindiket Counter Setting

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!