KWSP henti perkhidmatan kaunter buat sementara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan interaksi bersemuka termasuk perkhidmatan kaunter dan sebarang pengeluaran kali pertama susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan hari ini KWSP berkata, pihaknya menggalakkan semua ahli dan majikan memberikan maklum balas positif kepada gesaan kerajaan terhadap amalan jarakan sosial aktif.

”Kita melaksanakan inisiatif ini bagi membantu menghalang penularan jangkitan Covid-19 dan menghindari orang ramai dari ancaman berbahaya.

“Semua ahli dan majikan digalakkan untuk duduk di rumah semasa tempoh PKP ini, kita semua terlibat dengannya dan kita akan berjaya mengharunginya bersama dan muncul sebagai sebuah negara Malaysia yang lebih teguh,” menurutnya.

Bagi sebarang pertanyaan umum, orang ramai boleh menghantar emel ke alamat https://uqr.to/kwsp/enquiry manakala bagi sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Lestari, orang ramai boleh menghantar e-mel ke alamat ilestari@epf.gov.my dan penghantaran bagi mengekalkan 11 peratus sumbangan pekerja boleh dibuat ke alamat e-mel ve2020@epf.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: